| BERTAHAN SATU C.I.N.TA..........
22 November, 2010 | Monday, November 22, 2010 | 4 comments
CINTA tidak pernah meminta,untuk dia hadir d ihati,..ia datang melalui naluri hati yang tersendiri...
ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan. Tuhan memberi kita... dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya..... Itulah namanya CINTA.... ” Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”. Jawab titis air mata kedua itu ” Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja.” Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata:" aku turut bahagia untukmu." Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita. Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.. Cinta Pertama Adalah Kenangan. Cinta Kedua Menjadi Pengajaran. Dan Cinta Yang Seterusnya Adalah Satu Keperluan Kerana Hidup Tanpa Cinta Bagaikan Masakan Tanpa Garam. Lantaran Itu Bajailah Cinta Yang Dianugerahkan Itu Sebaik-Baiknya. Agar Ia Terus Mekar Dan Wangi Sepanjang Musim. TERUSKAN SEMAIKAN DI JIWA...CINTA HAKIKI ADALAH CINTA ILAHI........ |