| AKU INGIN KAU TAHU
27 June, 2011 | Monday, June 27, 2011 | 0 comments
Aku ingin kau tahu telah ku serahkan jiwa ragaku sejak ijab kabulnya kau terima sumpah setia buat nakhodaku mengemudi bahtera ke dermaga rindu Aku ingin kau tahu hatiku diamuk resah gundah bila tingkah bicara nakhodaku bagai Tenggang lupa asal usulnya tiada dendam membalut hatiku meski angin mengkhabarkan kerana aku nakhodaku lupa haluan ke muara bukan pintaku bukan hasutanku berkali telah kubisikkan di telingamu kasih bonda tiada galang gantinya kasih isteri terurai dek talak setia ke pusara haruman kemboja Aku ingin kau tahu kesudianku berdayung perahu ke muara mengucup tangan bonda kiambang bertaut biduk berlalu.. NurQasehku Olia Kamar sepi Pulau Pinang 25Jun 2011. |