| SOLAT GERHANA BULAN....
15 June, 2011 | Wednesday, June 15, 2011 | 0 comments
Bersempena dengan peristiwa GERHANA BULAN yang akan berlaku pada besok pagi(16hb Jun) dari jam 1.30 pagi dan dijangka berakhir 6 pagi, marilah sama-sama kita menunaikan solat sunat gerhana bulan...Sesungguhnya matahari dan rembulan adalah dua tanda di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Dengan kedua ayat tersebut Allah membuat rasa takut kepada hamba-hamba-Nya. Keduanya tidaklah terjadi gerhana karena kematian seorang manusia. Kerana itu bila kalian melihatnya, shalat dan berdoalah kepada Allah sampai hilang yang menakutkan kalian. (Shahih Muslim No.1516) Sesungguhnya ini adalah tanda-tanda kebesaran yang dikirimkan Allah, gerhana ini terjadi bukan kerana kematian atau kelahiran seseorang, tetapi Allah yang mengirimkannya untuk menakut-nakuti hamba-hamba-Nya. Oleh sebab itu, bila kalian melihatnya, maka bersegeralah ingat kepada-Nya, berdoa dan mohon ampunan-Nya. (Shahih Muslim No.1518 ) Solat gerhana ini disunatkan untuk ditunaikan secara berjemaah dengan diseru sebelum mendirikannya : as-Solatu Jaami’ah!! ( Solat berjemaah )
Niatnya : “Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat mengikut imam kerana Allah Ta’ala” – (Jika berimam) ataupun “Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Ta’ala” – (Jika solat seorang diri)
Solat gerhana ini boleh dilakukan secara berseorang atau secara berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Solat Gerhana mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 rukuk, dan 4 sujud. Iaitu seperti berikut : Rakaat pertama
1. Niat solat Gerhana, Takbir 2. Baca Surah Al-Fatihah dan surah 3. Rukuk 4. I’tidal 5. Baca Al-Fatihah dan surah 6. Rukuk. 7. I’tidal. 8. Sujud dan seterusnya seperti solat biasa. 1. Niat solat Gerhana, Takbir. 2. Baca Al-Fatihah dan surah. 3. Rukuk. 4. I’tidal, 5. Baca Al-Fatihah dan surah. 6. Rukuk. 7. I’tidal. 8. Sujud 9. Tahiyyat Akhir 10. Salam
|